Wilayah China (kawasan)

Sejarah ringkas

Dinasti Zhou, yang memerintah negara China sebelum penyatuan negara China oleh Maharaja Shi Huangdi, asalnya meliputi rantau di sekeliling Huang He. Semenjak itu, wilayahnya telah diluaskan ke semua arah, dan mencapai liputan terbesar dalam sejarahnya pada dinasti-dinasti Tang, Yuan dan Qing. Dinasti Qing meliputi sebahagian Rusia Timur Jauh dan Asia Tengah (di barat wilayah Xinjiang).

Bersama pentadbir wilayah, terdapat sebilangan raja negara luar yang menghantar wakil mereka untuk memberi Maharaja China. Orang China lantas menganggap bahawa raja-raja ini "kagum" dengan "kehebatan" maharaja mereka itu, walaupun kerajaan negara-negara lain menafikan ini. Sejak pengakhiran kurun ke 19, negara China cuba memberikan maksud lain kepada perhubungan ini sebagai satu naungan, akan tetapi definasi teori politik moden tiada definasi sedemikian rupa.

Empayar Qing telah menghampuskan tujuan Tembok Besar China sebagai pertahanan kawasan China betul apabila tanah air mereka, Manchuria di utara tembok digabungkan dengan China di selatannya. Pada tahun 1683 selepas kejatuhan Negara Tungning yang ditubuhkan Koxinga, Taiwan termasuk kepulauan Pescadores menjadi sebahagian empayar Qing, pada mulanya sebagai satu daerah, kemudiannya pula dua dan akhirnya sebagai satu wilayah. Taiwan diberikan kepada Jepun apabila ia mengalami kekalahan di Perang Sino-Jepun 1 pada tahun 1895. Selepas Perang Sino-Jepun 2 pada tahun 1945, Jepun telah memulangkan Taiwan kepada Republik China dibawah Perjanjian Damai San Francisco. Status Politik Taiwan kini dibawah satu pertikaian di antara PRC, ROC dan penyokong kemerdekaan Taiwan. Lihat juga Republik China dan Xizang (Tibet)

Divisi Politik Duluan

Dari segi sejarah, divisi politik China berubah apabila pentadbirannya berubah. Tingkat tertinggi divisi politik termasuk bulatan pentadbiran dan wilayah-wilayah. Di peringkat bawahan, terdapat daerah-daerah dan pelbagai jabatan-jabatan disamping beberapa pentadbiran bandar.

Sebahagian besar pentadbiran dinasti-dinasti bersumberkan kawasan-kawasan asal China, dikenali dengan gelaran politik betul sebagai China patut (kerana tidak termasuk kawasan-kawasan yang tidak ditahluki kerajaan China seperti Mongolia dan pulau Taiwan). Banyak dinasti-dinasti ini menunjukkan sifat ingin memperluaskan kawasan jajahan mereka dengan melancarkan serangan-serangan ketenteraan dalam kawasan-kawasan lebih dalam seperti Mongolia Dalam, Manchuria, Xinjiang dan wilayah Xizang atau Tibet. Dinasti Qing dan kerajaan pemerintah selepasnya, Republik China dan Republik Rakyat China telah melekatkan kawasan-kawasan ini kedalam China. Kawasan-kawasan ini pada kendatinya juga mempunyai sempadan yang tidak begitu jelas dan tidak bertepatan dengan divisi politik pada masa kini juga. China patut difikirkan terbatas pada Tembok Besar China dan tepi Plateau Tibet; Manchuria dan Mongolia Dalam adalah di utara Tembok Besar China dan sempadan diantara mereka boleh dianggap sempadan kini antara Mongolia Dalam dan wilayah-wilayah timur laut atau sempadan bersejarah kerajaan boneka Manchukuo era Perang Dunia II-an. Sempadan Xinjiang sama dengan sempadannya pada masa kini, sama seperti Xizang, juga dikenali sebagai Tibet. China juga terbahagi secara arah dengan arah utara China (北方) dan arah selatan China (南方) dengan Sungai Huai (淮河) dan Pergunugan Qinling (秦岭) sebagai pengantaranya.

Geografi dan iklim

China dalam kawasan Asia Timur. (PDF)

China mempunyai pelbagai landskap dengan banyak plateu dan gunung di bahagian barat, dan kawasan tanah rendah di timur. Dengan sebab ini, kebanyakan sungai mengalir dari bahagian barat ke timur, termasuk Sungai Yangtze (kawasan tengah) dan Sungai Huang He (kawasan tengah di timur) dan Sungai Amur (bahagian timur laut) dan adakalanya menuju ke selatan (termasuk Sungai Mutiara, Sungai Mekong dan Brahmaputra. Meskipun begini, kebanyakan sungai melepas ke Lautan Pasifik.

Kawasan tanah subur di China rata-ratanya hanyalah di persisiran sungai-sungai Yangtze dan Huang He, dan tempat-tempat inilah kawasan asal tamadun China yang agong.

Di sepanjang pantai Laut Kuning di timur dan Laut China Timur dijumpai kawasan rata alluvial yang ekstensif, dengan penempatan penduduk yang padat. Persisiran pantai kawasan Laut China Selatan bergunung-ganang dan berlembah.

Di barat, kawasan utara mempunyai kawasan rata alluvial yang luas, dan selatannya berbukit-bukau dengan Pergunungan Himayala dengan puncaknya yang tertinggi Puncak Everest. Kawasan barat laut mempunyai kawasan plateu yang tinggi dan kawasan gurun yang padat seperti Takla-Makan dan Gurun Gobi yang semakin membesar. Disebabkan musim kemarau yang belanjutan dan praktis pertanian yang tidak seimbang, ribut pasir amat biasa berlaku di China pada musim bunga. Pasir terus menuju ke selatan China, pulau Taiwan dan juga persisiran pantai barat Amerika Syarikat.


Semasa pemerintahan pelbagai dinasti, sempadan barat daya China adalah gunung-gunung tinggi dan lembah-lembah Yunnan yang bersempadankan Burma, Laos dan Vietnam pada masa kini.

Iklim China tertahluk kepada kawasannya. Kawasan utara (termasuk bandar Beijing) mempunyai iklim musim sejuk Artik. Kawasan tengah (termasuk Shanghai) mempunyai iklim yang lebih sederhana. Zon selatan (termasuk bandar Guangzhou) mempunyai iklim lebih panas subtropika.